Sunday 6 November 2016

100,000 warga Korea berhimpun desak Presiden letak jawatan

Post Pic
 
SEOUL: Lebih 100,000 penduduk Korea Selatan mengadakan tunjuk perasaan di pusat bandar, mendesak Presiden Park Geun-hye meletak jawatan berikutan skandal beliau dengan rakan lamanya, Choi Soon Sil, lapor polis.
 
Choi dituduh menyalahgunakan hubungannya dengan Park dan turut mencampuri urusan negara.
 
Penganjur berkata, lebih ramai akan menyertai perhimpunan itu, menjadikan ia antara bantahan terbesar sejak demonstrasi pada 2008, yang membantah import daging dari Amerika Syarikat. Rakyat Korea menuduh Park mengkhianati kepercayaan orang awam apabila terbabit dalam skandal yang turut membabitkan keluarga dan rakannya.

Menurut tinjauan Gallup yang dikeluarkan semalam, populariti Park menjunam kepada lima peratus, paling rendah bagi seorang presiden Korea Selatan sejak tinjauan itu diadakan pada 1988.

Polis mengerahkan 17,600 anggota antirusuhan dan 220 unit kenderaan serta hadangan bergerak untuk menangani bantahan semalam.

Polis juga mengawal laluan bagi menghalang penunjuk perasaan berarak ke kediaman presiden, Rumah Biru.

No comments:

Post a Comment